Friday, 28 August 2015

Petua Merahkan Bibir Dan Mengatasi Bibir Hitam

Petua Cara Merahkan Bibir Dan Mengatasi Bibir Hitam



Lidah Buaya
Lidah buaya ini memang sangat terkenal sebagai bahan kecantikan dan mempunyai banyak kegunaan dan khasiat seperti menghilangkan parut, menghilangkan jerawat dan banyak lagi. Selain itu, lidah buaya ini juga boleh digunakan sebagai salah satu cara merahkan bibir kita dengan menyapu lendir lidah buaya ke permukaan bibir dengan kerap. Biarkan untuk beberapa lama sebelum anda cuci dengan air bersih.
Madu
Cara memerahkan bibir menggunakan madu ialah dengan sapukan madu ke bibir kita. Cara yang paling baik dan berkesan ialah dengan sapukan pada bibir sebelum tidur dan biarkan sehingga pagi keesokan harinya dan cuci dengan air yang bersih.
Ubat Gigi
Cara paling senang untuk diamalkan sebab semua rumah pasti ada ubat gigi kan? Melainkan anda jenis yang tidak kisah dengan kesihatan gigi dan mulut berbau, huhu. Cara gunakan ubat gigi ini ialah dengan sapu sedikit ke bibir kita dan biarkan beberapa ketika sebelum cuci dengan air. Amalkan selalu.
Tomato
Mula-mula hiriskan tomato dan sapukan di bibir kita selama 20-30 minit. Cara ini akan dapat memerahkan semula bibir kita dan bibir akan kelihatan lebih sihat dan tidak pecah-pecah.
Limau Nipis
Selain daripada untuk kecantikan wajah, limau nipis juga dapat digunakan untuk mengatasi masalah bibir hitam dan memerahkan semula bibir kita. Caranya ialah dengan menyapukan air perahan limau nipis ke bibir kita selama 15-30 minit setiap hari sebelum cuci dengan air bersih.
Daun Sirih
Dengan menggunakan daun sirih, perahkan air dari daun sirih dan sapukan ke permukaan mulut atau bibir kita pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan semalaman dan jika amalkan selalu, bibir kita akan mula kelihatan merah dan tidak lagi hitam atau coklat.
Selain itu, amalkan untuk memakan banyak buah-buahan yang terbukti merupakan cara merahkan bibir secara semulajadi yang sangat berkesan dan juga mengelakan mulut jadi hitam. Elakan juga daripada melakukan amalan yang tidak sihat seperti merokok yang terbukti antara punca utama bibir menjadi hitam. Satu lagi tabiat yang tidak berapa bagus ialah selalu menjilat bibir terutama ketika cuaca panas. Ini kerana dengan menjilat bibir akan menjadikan bibir kita menjadi lebih cepat kering dan menjadi pecah-pecah.

No comments:

Post a Comment