Monday, 24 August 2015


Petua Cara Tegangkan Kulit Muka Secara Semulajadi


                                            Tips Petua Cara Tegangkan Kulit Muka Secara Semulajadi

  1. Bahan-bahan yang diperlukan ialah daun jambu batu, air suam, bedak sejuk dan limau nipis.
  2. Ambil dan tumbuk daun jambu batu sehingga hancur dan kemudian campurkan dengan air suam. Tunggu sehingga sejuk sebelum sapukan ke bahagian muka. Bagi mendapatkan hasil terbaik, buat pada waktu malam dan lakukan setiap hari.
  3. Ambil limau nipis dan titiskan air limau nipis pada bedak sejuk. Sila bancuhkan dengan air suam dan kacau sekejap. Sapukan hasil bancuhan di sekitar wajah dan amalkan setiap hari untuk hasil terbaik. Anda akan mula terasa kulit wajah anda menjadi semakin tegang selepas mengamalkan untuk seminggu lebih.
Selain daripada itu, pemakanan yang seimbang, kurangkan makanan berminyak dan banyakan makan buah-buahan dan sayuran hijau juga terbukti boleh melambatkan proses penuaan kulit serta menjadikan kulit kelihatan sihat dan berseri-seri.

No comments:

Post a Comment