1. Amalan Minum Teh Hijau
Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
2. Pencuci muka
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.
3. Penyegar
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna.
Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol.
Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
4. Essence atau serum
Essence atau serum sangat ringan. Bentuknya yang cair dapat memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit. Untuk hasil terbaik, tunggu lima minit selepas memakai serum sebelum menggunakan pelembap anda untuk penyerapan maksimum.
5. Pelembap
Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah.
Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
6. Senaman Muka
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
7. Urutan Muka
Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan olesan minyak yang boleh mencerahkan kulit dalam proses urut. Atau pakailah krim urut pada wajah anda dan lakukan urutan secara perlahan.
Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda. Ketika suhu kulit meningkat, maka dapat membuka liang dan mendorong keluar kotoran yang tertanam jauh di dalam kulit. Kulit anda akan kelihatan tampak lebih segar, lebih muda, dan bersinar selepas diurut.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, berhati-hatilah kerana urutan akan mengganggu kelenjar minyak dan meningkatkan rembesan minyak. Jadi, tahanlah diri anda untuk mengurut.
8. Pupur Wajah
Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini.
Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).
Kalau dilihatkan dari beauty regime orang Korea, memang selayaknya mereka dikurniakan dengan kulit muka yang halus mulus.Penjagaan muka bukan setakat tiga langkah sahaja – Wash, Toner and Moisturize,
No comments:
Post a Comment